Sistem Penilaian Lukisan teknik
Semasa membuat lukisan teknik terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:-
Semasa membuat lukisan teknik terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:-
a) Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
b) Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.
c) kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.
d) Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Peralatan Lukisan
Pensel
Penghurufan Dan Angka
Segala keterangan atau maklumat yang terdapat pada lukisan teknik biasanya menggunakan tulisan tangan. Ini termasuk ukuran dimensi, keteangan lukisan, blok tajuk dan lain-lain. Sunggguhpun terdapat alat-alat tambahan yang boleh digunakan bagi membantu penulisan yang baik, tetapi cara penulisan tangan lebih diutamakan. Terdapat tiga jenis huruf yang boleh digunakan untuk tulisan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Setiapnya boleh ditulis dalam huruf besar ataupun huruf kecil. Daripada tiga jenis ini, tulisan yang jenis gothic lazim digunakan kerana ia mempunyai stail penghurufan yang mudah ditulis dan juga mudah difahami. Untuk penghurufan gunakan pensel gred sederhana lembut seperti gred HB. Mata pensel hendaklah diasah tajam berbentuk kon. Penggunaan huruf dan angka mestilah berpandukan kepada syarat-syarat ketebalan garisan yang telah ditetapkan oleh BS 308 seperti jadual berikut:-
Peralatan Lukisan
Pensel
Pensil sesuai digunakan ialah bergred 2H, HB, dan 2B
Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam
Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik
Papan Lukisan
Sesiku T
Digunakan membina garisan lurus mendatar
Set sesiku
Jangka tolok
Pensil mechanical
Pemadam
Penghurufan Dan Angka
Segala keterangan atau maklumat yang terdapat pada lukisan teknik biasanya menggunakan tulisan tangan. Ini termasuk ukuran dimensi, keteangan lukisan, blok tajuk dan lain-lain. Sunggguhpun terdapat alat-alat tambahan yang boleh digunakan bagi membantu penulisan yang baik, tetapi cara penulisan tangan lebih diutamakan. Terdapat tiga jenis huruf yang boleh digunakan untuk tulisan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Setiapnya boleh ditulis dalam huruf besar ataupun huruf kecil. Daripada tiga jenis ini, tulisan yang jenis gothic lazim digunakan kerana ia mempunyai stail penghurufan yang mudah ditulis dan juga mudah difahami. Untuk penghurufan gunakan pensel gred sederhana lembut seperti gred HB. Mata pensel hendaklah diasah tajam berbentuk kon. Penggunaan huruf dan angka mestilah berpandukan kepada syarat-syarat ketebalan garisan yang telah ditetapkan oleh BS 308 seperti jadual berikut:-
Ketebalan | Penggunaan |
5mm atau 6mm | Tajuk lukisan atau penerangan penting |
3mm | Dimensi dan nota penting |
2mm | Nota-nota tambahan |
a) Penghurufan tegak
Setiap huruf dibentuk dalam petak-petak empat persegi kecil dan petak-petak ini menentukan saiz lebar dan tinggi bagi huruf tersebut. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati ukuran lebar mengandungi enam petak dan juga ukuran tinggi mengandungi enam petak. Tidak semua huruf dan angka dibentuk dalam saiz ini. Ada huruf yang dibentuk kurang dari saiz enam petak dan ada yang dibentuk melebihi sehingga kepada lapan petak. Huruf I dan 1 tiada kelebarannya dan huruf W yang paling lebar. Teknik membentuk huruf mengikut garisan-garisan tertentu yang bertanda dengan anak panah megikut susunan giliran yang dilabelkan dengan angka. Membentuk garisan melintang dilakukan dari kri ke kanan dan untuk membentuk garis tegak dilakukan dari arah atas ke bawah. Untuk garisan lengkok dan bulatan adalah dari arah atas ke bawah.
b)Penghurufan condong
Bagi huruf condong hendaklah mengikut teknik menghuruf yang telah dicadangkan. Segala teknik membentuk huruf adalah sama dengan teknik menghuruf tegak, cuma berlainan sedikit iaitu huruf dibentuk dalam keadaan condong. Untuk memudahkan penghurufan condong, bina garis panduan condong seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah. Kecondongan arah ke kanan dengan membuka sudut 68 darjah
Penyediaan Kertas Lukisan
Sebelum bermula sesuatu latihan lukisan di bilik kuliah, beberapa perkara awal hendaklah dibuat untuk menjimatkan masa. Ini adalah termasuk penyediaan peralatan dan kertas lukisan. Setiap kertas lukisan hendaklah disediakan terlebih dahulu dengan membuat garisan tepi dan maklumat sebagaimana rajah dibawah:-